
Empat bahagian utama kursus sensori intelligent.
—Latihan integrasi deria utama.
—Latihan integrasi sensori minor.
—Program kad kilat bahasa.
—Buku pendidikan gambar.
Utama dalam latihan integrasi sensori—titik latihan utama adalah melatih tulang belakang kanak—kanak. Tulang belakang adalah saluran kehidupan kedua manusia. Ia bukan sahaja menguasai perkembangan otak kiri dan kanan yang seimbang tetapi juga mengawal aktiviti harian serta kesihatan tubuh. Sistem saraf tidak akan dapat mengembang tanpa tulang belakang yang sihat. Mesej sendi besar dan kecil mesti dihantar ke otak melalui sistem saraf pusat. Sekiranya penghantaran adalah cepat maka semakin cepatlah tindak balasnya. Kecerdasan tubuh kanak—kanak dapat dinilai dengan perkembangan tulang belakang mereka. Prinsip panduan seseorang yang berbakat bukan hanya dinilai daripada segi pendidikan, tetapi ia juga meliputi kemahiran interpersonal komunikasi lisan, kreativiti kemampuan berfikir, reaksi kecerdasan tubuh yang ditunjukkan serta kemampuan pemerhatian dan juga penilaian.
|
|
|
|
Kemahiran motor halu—aktiviti sendi kecil—latihan koordinasi tangan dan mata—ini adalah latihan kemahiran motor halus dan mempraktikkan kestabilan fokus visual serta kawalan hujung jari para murid. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan sendi pergelangan tangan kanak—kanak dan sendi jari kecil semasa melakukan sesuatu aktiviti. Oleh sebab itu, latihan integrasi deria kecil adalah asas pengembangan koordinasi dua hala.
|
|
|
|
Latihan kestabilan jempol—jari panjang atau pendek mempunyai fungsi yang berbeza. Ibu jari dan jari telunjuk digunakan untuk kebanyakan aktiviti. Namun hal yang demikian, pergerakan badan kanak—kanak merosot dan mereka tidak dapat menggunakan tangan dengan betul disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup dan teknologi di era baru. Latihan kestabilan untuk ibu jari dan jari adalah tujuan utama latihan integrasi sensori minor intelligent. Dengan memegang atau mengoperasikan objek menggunakan jari dapat mempromosikan titik fokus di bawah sedar dan kemampuan kawalan kekuatan. Kemampuan jangkaan ruang kanak—kanak juga akan dipupuk oleh aktiviti koordinasi tangan—mata.
|
|
|
|
Latihan kawalan otot di tangan—latihan memegang objek menggunakan tangan dengan koordinasi lima jari mendorong perkembangan otot tangan serta penyesuaian sendi kecil.
|
|
|
|
Buku bergambar—sebuah buku cerita bergambar melampirkan sejumlah kecil teks dan berdasarkan gambar. Apa yang disebut "rumah buku emas" adalah untuk memupuk minat anak—anak untuk membaca buku bergambar sejak kecil. Dengan populariti dan perkembangan pesat produk elektronik, ia telah menyebabkan displasia tulang belakang kanak—kanak dan kesukaran menguasai bahasa bertambah buruk. Melalui buku bergambar pendidikan, ia dapat merangsang keinginan anak—anak untuk mengekspresikan dan juga meningkatkan kemampuan mereka untuk menyediakan asas pendengaran yang baik serta mendengar dalam kerjaya sekolah rendah mereka. Kami juga menekankan latihan personel, dan artikulasi adalah salah satu daripadanya.
Pendidikan buku bergambar, selain daripada untuk membimbing anak—anak untuk mengekspresikan kemahiran mendengar, tetapi juga meningkatkan kemampuan kognitif mereka terhadap sesuatu dan nilai—nilai moral, dan membentuk kejayaan masa depan hubungan tingkah laku yang baik. Sementara itu, dengan adanya bantuan gambar dan teks untuk menjawab soalan dengan cara latihan "pemikiran terarah", anak—anak juga dapat mengembangkan kemampuan analisis, penaakulan, imaginasi dan pemerhatian mereka.
|
|
|
|
Objektif penubuhan stesen sensasi intelligent.
—Kerencatan bahasa.
—Halangan bahasa.
—Kesukaran pembelajaran.
—Hiperaktif—aktif.
—Kesukaran tumpuan—gangguan tulang belakang akan menyebabkan kanak—kanak menghadapi situasi berikut. Terencat bahasa—terencat bahasa merujuk kepada keupayaan perkembangan bahasa kanak-kanak pada usia tertentu yang lebih rendah berbanding rakan sebaya pada usia yang sama. Halangan bahasa—halangan bahasa dibahagikan kepada halangan pemahaman dan halangan ekspresi. Halangan pemahaman ialah situasi di mana kanak—kanak tidak dapat memahami maksud yang dinyatakan daripada orang lain dalam proses komunikasi. Halangan ekspresi merujuk kepada situasi di mana kanak—kanak memahami orang lain tetapi mereka tidak dapat menyampaikan mesej yang betul pada masa itu. Oleh itu, kebanyakan kanak—kanak yang mempunyai halangan ekspresi kelihatan lebih resah dan mereka suka menangis untuk mengurangkan rasa tidak selesa mereka. Kesukaran pembelajaran—kesukaran pembelajaran merujuk kepada situasi prestasi akademik pelajar yang jauh lebih teruk berbanding rakan sebayanya. Mengenai isu masalah pembelajaran kanak—kanak, kumpulan pendidikan intelligent tidak menekankan pemerolehan dan penyerapan pengetahuan. Kami lebih menumpukan pada penyelarasan persepsi visual dan ingatan auditori dalam mesej vestibular dengan kematangan koordinasi tangan—mata.
Ingatan corong merupakan ciri ketidakupayaan pembelajaran. Kebanyakan punca kesukaran kognitif dalam membaca, menulis dan mengeja adalah disebabkan oleh keabnormalan perkembangan sistem saraf pusat yang menyebabkan perkembangan otak kiri dan kanan tidak seimbang. Masalah pembelajaran yang disebabkan oleh persekitaran akan dibincangkan secara eksklusif daripada faktor semula jadi. Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pembelajaran atau ketidakupayaan pembelajaran mempunyai simptom biasa seperti kesukaran dalam—ingatan visual—diskriminasi visual—ingatan auditori dan diskriminasi bunyi. Aktiviti fizikal dan komunikasi interpersonal kanak-kanak ini adalah normal. Gangguan hiperaktif yang disebabkan oleh defisit perhatian—Otak kanak-kanak sudah 70% terbentuk pada usia 3 tahun. Aktiviti fizikal terutamanya merangkak pada awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak melakukan senaman regangan leher yang mencukupi—biasanya dikenali sebagai ekstensi dan menggalakkan perkembangan sihat sistem saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Oleh itu, hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda adalah untuk memahami zaman kegemilangan 0—3 tahun. Ia bukan sahaja untuk keupayaan untuk fokus, tetapi juga keupayaan untuk berfikir, kebolehan bahasa, ingatan, pemahaman, imaginasi.
Malaysia
England
USA
China
Taiwan
Cambodia
Singapore
Thailand
Indonesia
Saudi Arabia
Vietnam
Russian
Korea
Japan
Turkey
French
Netherlands
Italy
Germany
Portugal
Waktu Main–1
Waktu Main–2
Waktu Main–3
Waktu Main–4
IMA Percutian
Pelajar IMA
Pengajar IMA
Pusat IMA







