IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Pengenalan Syarikat Sejarah Syarikat Staf Syarikat Milestone Syarikat Testimoni Syarikat Tanggungjawab Syarikat Penyempurnaan Syarikat Anugerah & Pengiktirafan Syarikat
Tutup  X

Tanggungjawab Syarikat Intelligent


Tanggungjawab Korporat
Tanggungjawab korporat merupakan konsep dimana sebuah organisasi itu mempunyai kewajipan bukan sahaja untuk menjalankan perniagaan tetapi turut menjaga kebajikan komuniti dan masyarakat. Organisasi boleh menunjukkan komitmen mereka dalam tanggungjawab korporat melalui banyak cara seperti, melakukan kerja amal, menganjurkan aktiviti amal dan memberi sumbangan.

 

Hubungan Masyarakat
Kunci utama dalam tanggungjawab korporat perniagaan ini adalah untuk membangunkan serta mengekalkan hubungan erat serta bermanfaat kepada satu sama lain dengan komuniti. Perniagaan yang aktif menjalankan tanggungjawab korporat terhadap masyarakat boleh mendapat sokongan komuniti dan kesetiaan masyarakat. Perniagaan mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti setempat dan juga berkongsi minat yang sama. Ia adalah penting untuk sesebuah organisasi itu meluangkan masa mempertimbangkan cara untuk memanfaatkan kebaikkan insiatif yang dilaksanakan. Dengan ini, ia berkemungkinan akan meningkatkan prestasi perniagaan, keuntungan dan reputasi melalui usaha bersama komuniti.

 

Mendidik Untuk Masa Hadapan
Pendidikan adalah kunci utama untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Jadi, pendidikan awal zaman kakank–kanak dan sistem pembelajaran adalah sangat penting. Pendidikan awal kanak–kanak akan melengkapkan serta mempersiapakan seseorang itu daripada segi mental, fizikal serta emosi dan juga bakat akan menjadi kunci penting dalam masyarakat. Di Intelligent, peningkatan yang berterusan merupakan intipati kami. Intelligent yakin dengan komitmen kami untuk menghasilkan individu yang berbakat, kreatif agar dapat memenuhi permintaan pasaran pada abad ke–21 ini.

 

Pemberian Amal
Kumpulan Pendidkan Intelligent telah mendapat sokongan padu daripada komuniti dan kami berjanji utnutk memberi balik kepada masysarakat. Intelligent komited dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dunia. Intelligent juga megiktiraf kepentingan menyumbang kepada komuniti. Melalui derma korporat dan bentuk sokongan lain, Intelligent menyediakan bantuan amal kepada komuniti seperti sekolah dan badan–badan amal. Oleh kerana sekolah merupakan institusi yang membina asas pendidikan anak–anak, kami telah menyumbang dan mengadakan pelbagai program pendidikan.

 

Asas Amal Intelligent
Intelligent berhasrat untuk menubuhkan yayasan amal pada masa hadapan. Ia merupakan inisiatif baru untuk memenuhi tanggungjawab korporat dan juga komitment jangka masa panjang untuk diberi balik kepada masyarakat. Yayasan amal Intelligent merupakan sebuah yayasan amal bukan awam yang bermatlamat untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan juga keluarga yang berpendapatan rendah. Pada awalnya, kami akan mula melancarkan biasiswa Intelligent di bawah skim yayasan amal Intelligent. Ia dapat membantu murid yang berpotensi besar di Intelligent mendapatkan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, Intelligent juga akan mengadakan kempen untuk mengalakkan staf Intelligent sendiri untuk turut terlibat sama dalam membantu badan–badan amal seperti rumah anak yatim dan pusat jagaan rumah orang tua. Kesemua tenaga pengajar Intelligent jelas dengan yayasan amal Intelligent ini utuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada komuniti.