IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Pengenalan Syarikat Sejarah Syarikat Staf Syarikat Milestone Syarikat Testimoni Syarikat Tanggungjawab Syarikat Penyempurnaan Syarikat Anugerah & Pengiktirafan Syarikat
Tutup  X

Sejarah Syarikat Intelligent


Sejak penubuhan Pusat Pendidikan ini, Intelligent telah berkembang dengan baik. Kunci kejayaan kepada perkembangan yang baik datangnya daripada semangat berpasukan tinggi yang diamalkan. Intelligent berusaha dengan gigih untuk menyediakan program yang boleh membantu untuk meningkatkan keupayaan mental murid serta membolehkan semua francais Intelligent mencapai objektif dalam kerjaya mereka. Intelligent juga berjaya untuk menwujudkan satu sistem francais yang lengkap serta rangkaian francais yang berkembang untuk menwujudkan sistem francais yang dapat menyediakan program kepada semua murid di seluruh dunia. Pembangunan program yang berterusan adalah berkaitan dengan kemampuan mental.

 

Misi Intelligent
Berusaha untuk menawarkan rangkaian program pembangunan mental yang komprehensif melaui francais domestik serta seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk memperkaya dan memperluaskan kehidupan serta peningkatan kualiti yang berterusan baik di peringkat akademik mahupun korporat.

 

Visi Intelligent
Visi untuk menjadi entiti yang terkemuka yang meneydiakan latihan, penngetahuan serta khidmat rundingan professional di dunia dalam bidang pendidikan abakus dan mental arikmetik dalam kalangan kanak-kanak serta pembangunan francais untuk masysrakat dan individu.

 

Program Intelligent berupaya membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kedua-dua bahagian otak mereka melalui kaedah pengajaran yang dikenali sebagai “Two Hand Abacus Mental–Arithmetic”. Kaedah menggunakan dua tangan untuk membuat pengiraan secara serentak dapat mengesan stimulasi bagi kanak-kanak yang kebiasaanya menggunakan otak kanan mereka. Bagi murid sekolah, cara ini ternyata amat berkesan dari segi kemampuan mengira, tindak balas, ingatan serta tumpuan. Hal ini sekali gus dapat membantu mereka untuk mengimbangi kekuatan otak serta memperkuatkan fungsi kedua-dua bahagian otak.

 

Selain daripada itu, kami juga menggunakan teknik pengajaran yang terbaru dengan menggunakan “Abakus Era Baru” “Tiada Formula”, “Skill tersembunyi” Praktis Digital”, “Kad Flash” serta kelajuan pembelajaran yang 6 kali lebih laju daripada biasa. Dengan adanya kaedah inovatif ini, kanak–kanak akan mampu untuk menguasai seni mental arikmetik dalam keadaan persekitaran yang lebih santai tanpa sebrang formula.

Teknik manipulasi sempoa dengan kedua-dua belah tangan membolehkan perkembangan otak kiri dan kanan berserta dengan penyertaan pertandingan serta peperiksaan, murid dapat membina keyakinan dan juga tumpuan mereka: daripada sikap kurang minat untuk belajar kepada minat mendalam terhadap pelajaran, daripada kecuaian kepada fokus dan daripada kurangnya rasa harga diri kepada sikap yang penuh keyakinan.

Di samping itu, untuk memastikan kualiti pengajaran yang baik, Semua tenaga pengajar Intelligent wajib lulus serta menjalani latihan pada setiap peringkat gred. Para guru juga akan diberikan sijil telah tamat latihan serta lulus ujian yang diduduki oleh mereka.

Pada masa ini, kami masih meluaskan perniagaan dengan harapan untuk menarik lebih ramai individu yang mempunyai cita–cita tinggi serta minat yang mendalam untuk menceburi bidang perniagaan francais dalam pasaran tempatan serta luar negara. Selain itu, kami juga mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap program kami dan juga amat yakin bahawa ianya masih mempunyai potensi untuk terus berkembang. Oleh sebab itu, kami mengabdikan diri untuk terus meluaskan perniagaan francais ini. Tambahan pula, ia menjadi harapan kami agar program Intelligent ini berupaya untuk mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang bersama-sama dengan semua rakan francais Intelligent.